Duhai Insan

Kalau menjadi manusia janganlah jadi manusia biasa, rapuh IMANnya, sempit mindanya..jadilah manusia LUAR BIASA, gah jiwanya, kental imannya, tertib solatnya, & fasih Qurannya..

Sunday 28 August 2011

TarbiYah RamAdHan..



RAMADHAN KU,,,,,
RAMADHAN..tidak ingin ku ucapkn slamat tinggal...namun ku tahu kau tetap akan meninggalkanku 

RAMADHAN...hadirmu adalah kegembiraanku...pergimu adalah kesengsaraanku...

RAMADHAN...alangkah indahnya jika semua bulan adalah RAMADHAN..namun DIA itu maha adil krna jika semuanya RAMADHAN,akan pudarlah kehebatan 

RAMADHAN,takkan adalah haji,takkan adalah muharram...

RAMADHAN...andai engkau adalah insan dan mempunyai susuk tubuh,nscaya aku ingin memelukmu tanpa melepaskanmu...

RAMADHAN...dikala semua org sdg sibuk berbicara tntg aidilfitr,dikala itu jua engkau dilupakan...

RAMADHAN...andai para sahabah menangisi pemergianmu,diriku jua sebegitu

RAMADHAN...seluruh kehidupanku mendambakn pertemuan dgnmu di tahun2 yg mendatang....
kerna di dlm mu wahyu diwahyukan,kerna di dlm mu jua akan meleburkn rantai2 nafsu yg sekian lama menghantuiku..dan disebabkn kau jua akan melepaskn ku dari dicampak ke dlm JAHANNAM dgn rahmat ALLAH jalla wa'ala...


Ramadhan..bulan yang dinantikan semua mukmin bertaqwa..
Kini hanya tinggal beberapa hari je kita nak tinggalkan "Sekolah Ramadhan" ni
Ya Allah,pertemukanlah kami pada Ramadhan yang akan datang..

Jadi..Jom kita manfaatkan Ramadhan yang masih berbaki ini..
Boleh jadi ni adalah Ramadhan terakhir kita..



Saturday 27 August 2011

..Sahabatku..


Diamku tak bererti aku membenarkan

Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan

Bisingku tidak bererti aku menyalahkan

Bukan juga melukakan

Tapi kerana aku amat menyayangimu

Maka aku cuba sedaya yang termampu

Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya

Di bumi yg terbentang luas ini

Kerana sayangku kepadamu

Maka aku cuba... dan terus mencuba!

Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri

Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan

Andai aku jumpa jalan

Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang

Aku akan! Itu janjiku!

Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris

Terguris dengan tindakanmu

Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya

Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci

Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap

Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu

Namun tiba-tiba aku sedar

Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku

Aku sama saja sepertimu

Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku

Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini

Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku

Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku

Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?

Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..

Tak mahu..!

Kerana aku sayang kamu..

Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!

Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk

 


Aku akan terus mencuba

Diamku bukan kerana aku membencimu

Sombongku bukan kerana aku tidak mengingatimu

Maaf jika aku tidak menegurmu

Bukan aku sengaja!

Tapi,

Aku mahu kamu sentiasa dalam ingatanku 

Kenangan kenangan manis sentiasa bermain dalam ingatanku

Satu hari kita akan berjumpa

Tidak dapat di dunia

Tapi di akhirat

Kerana aku sayang kamu, sahabatku!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...