Duhai Insan

Kalau menjadi manusia janganlah jadi manusia biasa, rapuh IMANnya, sempit mindanya..jadilah manusia LUAR BIASA, gah jiwanya, kental imannya, tertib solatnya, & fasih Qurannya..

Monday 24 October 2011

..HiMpuN..

HIMPUN!!HIMPUN!!
SELAMATKAN AKIDAH!!

HIMPUN!!HIMPUN!!
SATUKAN UMMAH!!

HIMPUN!!HIMPUN!!
UNTUKMU ALLAH!!


Persembahan oleh Munsyid

Alhamdulillah,saya berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke Stadium Shah Alam pada 22hb yang lalu..
Bergerak secara rombongan dari Stadium Paroi, yang sesak dengan orang yang ingin membeli tiket untuk perlawanan malam itu..
Negeri Sembilan vs T-Team..
Tapi tak penuh 2 bas, mungkin ramai yang pergi sendiri..


Suasana stadium..

Cuaca hari itu sangat terik, saya serta sahabat, Nur Atiqah Jamaluddin dan Nur Aisyah Ruslan
segera cari tempat yang 'strategik'..
Nak tengok persembahan nasyid dan pemidato berpidato..
Biarpun hanya lebih kurang 8 ribu sahaja yang hadir, Alhamdulillah..
Majlis berjalan lancar..

Antara pidato yang menarik hati saya..
Ada orang cemburu, orang Islam menikmati buah Islam..
Mereka cuba menebang pokok Islam yang tumbuh subur..

Siapa mereka??
Sudah semestinya para penyebar dakyah Kristian yang giat melipatgandakan usaha mereka..
Ingin meletakkan racun dalam buah Islam..
Adakah kita hanya berdiam diri dan sekadar berpeluk tubuh dengan perkara ini??
TIDAK!!
Jangan harap sinar Islam ini terpadam begitu sahaja..

Apa peranan kita??
Hakikatnya, kita mulia disebabkan Islam..
Tanpa Islam, siapa kita??
Kita perlukan Islam..
Islam bersifat syumuliah, lengkap..
Meliputi segala aspek kehidupan..

Peranan kita..
Pastikan umat Islam terus menikmati buah Islam yang manis ini..
Tunjukkan kepada musuh Islam yang nak tumbangkan pokok Islam ini kehebatan Islam..
Moga-moga kita serta musuh Islam ini diberi Hidayah Allah..
Memperjelaskan kepada kita antara yang HAK dan BATIL..


Antara yang berkesempatan hadir..

Cuba kita soroti balik kisah Natrah..
Bagaimana musuh Islam ini cuba mengganggu Natrah yang sedang menikmati buah Islam yang manis..
Isu AKIDAH mula ditimbulkan..
Adakah kita nak lihat generasi kita nanti rosak Akidahnya..
Bayangkan, macam mana kalau suatu hari nanti..
Ada antara ahli keluarga kita yang jadi seperti ini..
Nau'zubillah..


Selamatkan ummah!!

Ketepikan perbezaan politik, ideologi, bangsa..
Yang penting kita sesama Islam perlu bersatu..
Jangan ada pertelingkahan antara umat seIslam..
Perpeganglah dengan dua Tali Allah, NESCAYA tidak akan sesat selamanya..

Fahami dan hayati isi Al-Quran yang Mulia itu..
Begitu juga dengan Hadith..
Zahirkan Ke'izzahan Islam..
Mari kita sokong mana-mana pihak yang ingin menegakkan Islam..
Sama ada NGO atau bukan NGO, yang penting Islam itu sendiri..


Suasana Himpun..

Islam itu bersifat dengan Inqilabiyyah..
Apa maksud Inqilabiyyah??
Maksudnya, Islam tertegak dengan keruntuhan Jahiliah..
 Bila Jahiliah nak runtuh??
Wallahu'lam..yang penting, suatu hari nanti Islam pasti memayungi dunia ni..
Hati-hatilah dengan setiap perbuatan kita, mana tau kita yang  menyumbang kepada Jahiliah..

Sebelum HIMPUN bersurai, ada sedikit munajat dan doa yanng diketuai Dr Hasan Ali..
Bukan sebagai 'YB', sebab dari awal keluar rumah sebagai seorang Muslim..
Bermunajat dan berselawat kepada Rasulullah..
Indahnya saat itu..
Ketika itu juga hujan mulai turun, mengiringi bacaan doa..
Hujan rahmat..
Moga Allah mendengar rintihan kita semua.. 
Ameen..


Al-Islam Ya'lu Wala Yu'la Alaih..
Islam itu Tinggi dan TIADA yang lebih Tinggi selain dari Islam..

Allahu Akbar!!
Membina Generasi Harapan..

Friday 21 October 2011

JAuLAH ULaMa..


Jaulah ulama? Apa tu?
Mesti ada yang tertanya-tanya kan? Pendek kata, seronok tau..
Jalan-jalan cari Ulama..
Satu usaha untuk bertemu dengan para ulama di Malaysia.
lawat pondok ke pondok..
Subhanallah, pengalaman yang tak dapat dilupakan.
Seramai 88 orang pelajar Darul Quran yang dipilih Allah telah mengikuti rombongan ini.
Pada 11hb-14hb Oktober yang lepas.
Betul-betul lepas peperiksaan semester..

 Ktm Kuala Kubu Bharu

Kami melawat pondok-pondok di sekitar Negeri Jelapang Padi, Kedah .
Antara pondok yang kami pergi :

Pondok Ust Adnan, Sg Karangan.
Pondok TG Haji Rifai, C Salang.
Pondok TG Haji Wahab, Lanai.
Pondok TG Haji Salleh, Sik.
Pondok Asy-Syatirie.
Pondok Pak Chu Him, Gajah Mati.
Pondok Ust Khairul, Gajah Teriak.
Muassasah Ust Fadzil Noor.


                     
       Sementara tunggu bedah kitab.. 

                    
       Cantik pondok ni..

                  
        Kena jalan kaki, cari pondok..jauh... 

        
          Selamat tinggal..

Peserta perempuan berpeluang untuk tinggal bersama nenek-nenek yang tinggal di pondok.
Pendek kata dapat Nenek Angkat..Seronok..
Saya bersama sahabat,Fatihah tinggal bersama Tok Rahimah..
Tok dah tua dan terbongkok tapi masih kuat nak bergerak..
Tok cerita, anak Tok semua dah tak de, ada yang eksiden dan lain-lain..
Tok Redha..
 Tok tak lokek dengan senyuman..
Masa tidur, banyak nyamuk..halus tapi berbisa..sakit..
Bangun pagi je, bengkak muka dah macam apa..hu3
Camne ye Tok-tok kat sini 'survive'..hmm..

                
            Tok tengah sarapan pagi..     

      
       Rumah Tok..

     Dalam pondok..ringkas je..


Kebanyakkan pondok-pondok dipenuhi para pelajar lelaki dan tok-tok serta nenek-nenek perempuan.
Mereka menadah dan mengaji kitab-kitab Turath (Kitab Lama) dari kulit ke kulit.
Tempoh pengajian pula, tengok la kitab apa, ada yang 3 tahun, 4 tahun..
Yang paling menyentuh hati ni ialah semangat nak cari Keredhaan Allah..
MasyaAllah..

      
   Makan para syuhada Mamali..

  
     Jalan-jalan..shopping

Kita yang masih muda belia, remaja pun kadang-kadang malas nak belajar..
Tok yang dah menggigil-gigil nak tulis pun masih bersemangat nak belajar..
Malu rasanya..
  
                      
               Tunggu keretapi kat Alor Setar, penat.. 

                
                    Selesa..
                                     
Ada Tok Guru kata..
Pondok ni Benteng Terakhir Pertahankan Akidah..
Meremang bulu roma dengar kata-kata tu..

Renung-renungkan...
Akidah Umat Akhir Zaman macam mana..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...