Duhai Insan

Kalau menjadi manusia janganlah jadi manusia biasa, rapuh IMANnya, sempit mindanya..jadilah manusia LUAR BIASA, gah jiwanya, kental imannya, tertib solatnya, & fasih Qurannya..

Thursday 31 March 2011

..Ilmu Allah Jua..



Hari jumaat lalu saya jadi fasilitator kat sebuah sekolah di Seremban.Cari pengalaman..cuti-cuti ni pun 'boring' gak kalau duduk kat umah je..betul tak?..Salah ke??..hehe.
Dengan kekuatan fasi seramai lebih kurang 12 orang,antaranya...
Ukhti Raudhah,Ukhti Munirah,'Arifah, Aina,Ihsan, Ammar,Akhi Mustaza, Pak Su, Akhi Fikri, dan beberapa moderator lain, bertungkus-lumus bagi menjayakan program ni..
Sasaran kami adalah adik-adik form 3 yang akan menghadapi peperiksaan PMR tidak lama lagi.
Modul yang digunakan seperti Panduan Solat, Motivasi, dan Bicara Hati Ke Hati..lebih kurang begitulah..
erm..
Saya dan fasi Akhwat yang lain ditempatkan sebilik dengan adik-adik.Rasa macam 
masuk asrama balik...tapi sememangmya dah hampir 6 tahun duk asrama..dah sebati..ye ke??hehe..


Nak dijadikan cerita..
Masa slot Tahsin Al-Quran, masih ramai adik-adik yang tidak dapat membaca AQ dengan fasih.
Hanya sedikit saja yang dapat membaca dengan lancar..masih tergagap-gagap menyebut kalimah yang dibaca..


Saya takde lah 'perfect' mana..tapi cuba fikir, sedangkan adik yang masih 'lembut' lidah nye dan masih segar
mindanye tidak dapat menguasai AQ..
Cube kita fikir  lagi..bila lagi nak tingkatkan diri dalam pengusaan AQ kalau bukan dari kecil lagi??...
Zaman sekarang, zaman IT yang penuh dengan 'onak dan duri'....ataupun lebih sinonim dengan dunia sekarang penuh dengan MEHNAH DAN TRIBULASI...
Nak harap dah tua nanti baru nak belajar mengaji..masa tu, lidah dah keras, mata pulak nampak tak nampak je, nak mengingat hukum-hukum bacaan, nak sebut mahkraj huruf pun dah tak sampai....tapi tu pun kalau CONFORM umur panjang....

ALHAMDULILLAH....
kalau yang sedar tentang perkara ini...masih belum terlambat untuk kita belajar ilmu Allah yang Agung ini..
Siapa-siapa yang ada adik kat umah tu, bimbinglah dan ambillah berat tentang hal ni..
Sama-samalah kita memperbaiki mutu bacaan Al-Quran kita..

KENAPA??
Lagu barat yang panjang berjela kita dapat hafal dan nyanyikan berulang-ulang kali tapi ayat-ayat Allah yang kita duk tengok sejak tadika lagi masih tak 'cair' kat mulut kita??

1 Persoalaan yang agak susah kita nak pastikan..
Kejayaan Duniawi yang diKejar adakah seiring dengan Kejayaan Ukhrawi??..

Ingatlah....
Sebijak mana pun kita..Semuanya Ilmu Allah jua, tak perlulah kita bermegah dengan Ilmu yang tidak sebanyak mana berbanding dengan empunya Kalam Suci kita..
Kejarlah Dunia dan Akhirat dengan seimbang... 

Perumpaman Ilmu Allah dengan Ilmu hambanya..
Umpamanya, jari kelinking kita,rendamkan dalam laut..tak kisah laut mane..
Lepas tu,angkat jari kita,perhatikan air laut yang ada kat jari kita...
Setitis, 2 titis je kan....
Banyak tu jelah Ilmu kita....sikit..

Fikir-fikirkanlah....

Berbalik program tadi..saya dah sedaya upaya membantu apa yang patut.Harap-harap apa yang saya sampaikan kat adik-adik tu melekat dan dapat dijadikan panduan..
mungkin, sekarang mereka tak nampak lagi..Marilah kita doakan semoga Allah sentiasa memberi kita Taufiq dan Hidayah serta jauhkan kita dari jalan yang sesat..
AMEEN..

Marilah kita mengejar Keredhaan Allah !!

 

Tuesday 22 March 2011

..Renungkanlah..

Kisah Lelaki Tua Dengan 3 Anaknya











 

Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki.
Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.

Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya..jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi
makan.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.

Maka dipanggilnya si Harben."Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?"

Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?"
Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.

Dipanggilnya pula si Anis."Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang
dijawab Anis? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga."Baiklah kalau begitu"
jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal. "Hei Amsal,tolong hantar ayah ke pulau seberang..

Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan.Menyesallah dihatinya kerana
tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.

Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.

Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.

Moral :

Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.

Harben ialah HARTA-BENDA,
Anis ialah ANAK-ISTERI, dan
Amsal ialah AMAL-SOLEH.

Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal.

 Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ni jangan lah lupa dgn akhirat dan rukun Islam yang lima.


Erm..mungkin cerita ni banyak versi tapi mesej nya tetap sama..Adakah kita nak bawa amalan yang tak seberapa sebagai bekalan menuju "Hari Pengakhiran"..

Fikir-fikirkanlah..


Thursday 10 March 2011

..Jauh Perjalanan..

Perjalanan Yang Masih jauh..


Laluan yg nak ditempuhi penuh dengan rintangan
(kalau angin kuat memang boleh terbang ni,hehe.. ~DQ~)

Bila difikir-fikir, baru 19 tahun hidup kat dunia ni.Pengalaman pun sikit je.Jauh lagi nak jalan ni..Tapi, macam-macam pengalaman kita ada kan..yelah,pengalaman adalah guru kita, mengajar kita tentang erti kehidupan.

Tempat Pentarbiyahan Jiwa..
(2 Tahun kat sini ~Kisas~)

Tempat Pentarbiyahan Minda..
(3 Tahun kat sini ~Smka Pedas~)

Sahabat-Sahabat Seperjuangan..5 Al-Battani
(Bila la dapat gathering camni lagi kan)


Ujian Datang Silih Berganti..
Terpulang kepada kita sama ada kita tahan atau sebaliknya..
(Kat Dewan Peperiksaan Spm)

Ermmm...

"Dahulu, semalam dan hari ini kau lihat generasi demi generasi menghancurkan kehidupan mereka dengan mengingkari Allah, lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan..kau benar-benar kebingungan dan bertanya : Apa yang harus aku lakukan  untuk menebus kelelahan umat ini?? Jawabku bukankah kau adalah Dai'e dan Mujahid?? Katamu lagi : Tapi langkahmu lambat kerana kau sendiri sibuk dengan urusan duniamu..Mengejar impianmu dan lupa akan kebangkitan..Pada hari itu amalanmu terbentang, tubuhmu terbuka..Apakah disana ada bekalanmu?"

"Pada akhir zaman, orang-orang yang memegang tali perjuangan itu bagaikan menggenggam bara api, andai terus digenggam hancur luluh jiwanya..namun andai dilepaskan hancurlah dunia..Jangan takut untuk berjuang kerana orang-orang yang berjuang ini memang dirintangi ujian..Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar..."

"KITA HIDUP UNTUK PERJUANGAN..
dan mehnah perjuangan untuk merasai kenikmatan hidup di Syurga Impian.."

Kenapa aku hidup di dunia ini?? Adakah dengan hanya mengejar Dunia sahaja? Adakah dengan hanya mengejar Akhirat sahaja?
Nak cari Redha Allah ke? tapi sejauh mana penghayatan kita terhadap nilai kehidupan yang Allah bagi kat kita.
Kita tak tau, sama ada umur kita ni pendek atau panjang..


PERJALANAN YANG MASIH JAUH UNTUK DITEMPUHI..

Bersyukurlah kerana Allah memberi peluang kepada kita untuk merasai makna sebuah kehidupan..


"BerPrinsip Jangan Jumud, Terbuka Jangan Hanyut"

Ikhtilat (Percampuran/Pergaulan)

Maksud pergaulan : Bercampur antara wanita dan lelaki ajnabi di satu tempat yang pada kebiasaannya membawa mereka berpandangan, bercakap, dan berinteraksi.

Hukum Asal : Pergaulan wanita dan lelaki ajnabi adalah DITEGAH.Tiada nas yang  JELAS melarang pergaulan.

Tegahan pergaulan ini hanya disimpulkan dari beberapa tegahan lain : 

-Tegahan wanita bermusafir sendirian tanpa mahram.
-Tegahan berkhulwat antara wanita dan lelaki ajnabi.
-Tidak wajib solat jemaah ke atas wanita.
-Tidak wajib solat Jumaat ke atas wanita.
-Hukum-hukum khusus mengenai wanita dalam ibadat haji.
-Tegahan wanita berjalan beriringan dengan lelaki.
Dari larangan-larangan inilah 'ulama menyimpulkan pergaulan wanita dengan lelaki ajnabi DITEGAH.


Pergaulan Yang Dibenarkan Atas Dasar Pengecualian Kerana Keperluan : 

-Pergaulan atas sebab darurat.
-Untuk tujuan bermuamalah.
-Tujuan melaksanakan tugas-tugas kehakiman.
-Menunaikan kesaksian.
-Atas tugas penguatkuasaan undang-undang.
-Tujuan melayan tetamu dirumah.
-Tujuan menghormati tetamu dengan makan bersama.
-Pergaulan dalam kenderaan awam bagi wanita yang melakukan kerja syar'ie dengan syarat hukum-hukum Islam dipenuhi.
-Melakukan kerja-kerja Jihad.
-Tujuan mendengar ceramah dan ilmu.
-Pergaulan atas sebab kebiasaan dan teradat yang tidak bercanggah dengan  syara'.
Dalam Kitab Muwatta' oleh Imam Malik disebutkan "Wanita (boleh) makan bersama lelaki apabila pada kebiasaan teradat wanita makan bersama-sama lelaki.
-Pergaulan semasa menziarahi keluarga terdekat dan teman handai pada majlis tertentu dengan syarat memelihara adap sopan keIslaman dan hukum-hukum Islam.
                                                                          
                        Go to fullsize image  


       Memang tak dapat dinafikan, zaman sekarang memang interaksi antara Adam & Hawa menjadi 1 keperluan, tapi kita perlu bijak menilai & memelihara kesucian Islam itu sendiri.

Wednesday 9 March 2011

..Warna-warna Cinta..


SaHabat...


Bila dengar lagu ni je,mesti teringat zaman-zaman yang penah dilalui di Kisas dulu.Sahabat-sahabat yang saling membantu dan mengingatkan ketika alpa..hehe..feeling la plak..

Mane ntah perginya,sahabat-sahabat yang sentiasa di sisi dulu..

"Kerana Allah kita bertemu, Kerana Perkenalan Ukhwah Terjalin,
Kerana Cita-cita Perpisahan Terjadi &
Kerana Ukhwah Fillah Ianya Akan Diredhai & Kekal
Selama-lamanya.."

Go to fullsize image

Walau di mana kita berada ingatlah
Di mana bumi dipijak..
Di situ Islam Dijunjung..

..BudAk BaRu BelaJar..


..BaRu BerTatiH..

Go to fullsize image

    Alhamdulillah..setelah lebih kurang 10 bulan di DQ,akhirnya dapat gak ikut rentak pembelajaran kat sane. Nak menceburi dalam bidang ni memang perlukan kesabaran dan keazaman yang tinggi.Nak dijadikan cerita, penah rasa putus asa sebab ayat yg dihafaz tak masuk2..sedih bukan kepalang.Nangis tu kira perkara biasa.
Bile tengok sahabat seangkatan boleh buat, terfikir gak..nape aku tak boleh?Kuatkan semangat dan teruskan berusaha..ye,saya boleh!!
Teringat lagi mase mule2 langkah kaki ke DQ..Subhanallah,cantiknya! Dengan pemandangan tasik dan gunung-ganang yang menghijau.Sejuk mata memandang.Suasana yang sesuai untuk menghafaz Kalam SuciNya.
Terdetik dalam hati.."Adakah aku mampu menghafaz kalam ini?".."adakah betul pilihanku ini?"
Apa2 hal pun, cube dulu sebab Allah tak akan membebani hambaNya dengan beban yang tak dapat ditanggungi..Ayat inilah yang menyuntik semangatku untuk terus berada di bumi barakah DQ.

First time masuk kelas tasmi,memang agak cuak.Alhamdulillah dapat ustaz yang baik dan selalu bagi kata perangsang.."sakina,kamu boleh buat tapi kamu kena berusaha bersungguh-sungguh, Al-Quran ni kita akan dapat pegang kalau kita rajin"..begitulah kata-kata ustaz.

Pejam,celik,pejam,celik, lme da kat sne..lagi 4 sem je lagi..

Nak tau kaedah menghafaz Al-Quran?ok,ni adalah beberapa kaedah yang dapat dikongsi..

1.Ikhlas semata-mata kerana menurut keredhaan Allah.
2.Bersabar dalam menghafaz ayat-ayat Allah.
3.Banyakkan berdoa kepada Allah & berselawat kepada Nabi SAW.
4.Menghormati mashaf Al-Quran.
5.Sentiasa dalam bersuci & menutup aurat.
6.Banyakkan berpuasa dan solat sunat.
7.Jangan banyak bercakap & gelak ketawa ketika menghafaz.
8.Jangan membaca ketika mengantuk & menguap.
9.Berhenti membaca ketika ingin membuang angin (kentut).


"Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya"
(Hadis Riwayat Bukhari)

Tak rugi kalau kita baca Quran.Amek mase sedikit tuk bace Quran pun tak pe.Sedih kalau tengok ada orang tak tahu baca Quran.Sesibuk mane pun kite,Ingatlah..Masa tu milik Allah juga..

Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata : Barang siapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran, maka baginya satu kebaikan,satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala.Aku tidak bermaksud Alif Lam Mim satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, Mim satu huruf.

Jadi camne?Banyak ganjaran yang kita dapat dengan baca Quran..Betul tak?
So,Jom kita Bergandingan Ke Syurga....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...