Duhai Insan

Kalau menjadi manusia janganlah jadi manusia biasa, rapuh IMANnya, sempit mindanya..jadilah manusia LUAR BIASA, gah jiwanya, kental imannya, tertib solatnya, & fasih Qurannya..

Sunday 25 December 2011

..Bila Waktu Telah Memanggil..

DISAAT HAMPIR KEMATIAN......

Sesungguhnya seorang hamba itu ketika dia hampir mati,
2 SYAITAN akan duduk disisinya,1 kanan dan 1 di kiri.
SYAITAN disebelah kanan akan menjelma sebagai bapanya yang telah pergi sambil berkata,"wahai anakku yang aku sayangi,aku telah mencurahkan sepenuh kasih sayang kepadamu.
Sesunggunhnya aku telah mati mengikut agama nasrani iaitu sebaik-baik agama".

Manakala SYAITAN disebelah kiri pula menjelma sbgai ibunya sambil berkata,"Wahai anakku yang dikasihi,engkau telah ku kandung dalam perutku dan menyusui,kau berada atas pangkuanku,tetapi sesungguhnya aku mati dalam menganut agama yahudi iaitu sebaik-baik agama".

Sehingga hampir mati SYAITAN da IBLIS akan terus menyesatkan anak Adam.
Sesungguhnya kesakitan akibat maut itu dirasai oleh orang yang beriman dan tidak beriman,namun diringankan kepedihan maut untuk orang yang beriman oleh kerana amal solehnya.

Kesakitan maut itu menyebabkan tercabutnya semua urat-urat dalam badan sehinggakan tiada suara yang dapat dihasilkan oleh orang yang sedang sakaratulmaut disebabkan seluruh tubuh dan roh sedang berada dalam kesakitan yang teramat dan tiada lagi tenaga yang dapat menggerakkan lidah untuk menyatakan kesakitan itu.

Ianya berkali-kali ganda lebih sakit daripada badan digergaji kerana jika tubuh digergaji,masih ada tenaga untuk menghasilkan suara yang meraung sakit.Sungguh,mati itu sangat perit.

smga risalah nie mmanfaat wat semua....^_^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...