Darkisy
menutup mashaf Al-Qurannya. Jiwanya yang gusar sedikit tenang setelah membaca
ayat-ayat Al-Quran. Pandangannya beralih pada tasik DQ yang tenang, kelihatan
tersergam indah masjid yang menjadi tempat tumpuan pelajar-pelajar DQ menghafaz
Al-Quran. Bertambah indah dengan kehijauan gunung-ganang yang menjadi latar
belakangnya. Ia seakan-akan satu lukisan
hidup yang mana ia mampu menenangkan jiwa bagi sesiapa sahaja yang
melihatnya. Kini, tinggal beberapa hari sahaja lagi Darkisy akan berada di bumi
barakah Darul Quran. Dia sengaja berseorangan, jauh dari pandangan
sahabat-sahabatnya untuk menenangkan
hatinya yang gundah gulana sejak sekian lama.
Tangannya menekan-nekan butang
telefon bimbit MyImannya, membaca mesej dalam simpanan inboxnya. Hatinya
kembali terusik tatkala terbaca nama sahabat baiknya, Ilya.
“How friendship
break? Both friend will think the other is busy, and will not contact, they
thinking maybe its disturbing..as time passes, both will think let the other
contact first? Here your friend will converted to hate..Finally without
contact, the memory becomes weak..they’ll forget each other..I’m sorry =( but
I’m still remember you”
Daripada : Ilya Tarikh : 23 Disember 2012
Sudah hampir dua bulan mesej itu
berada di dalam simpanan inboxnya. Hingga kini, Darkisy sedih dengan hubungan
mereka. Mereka tidak semesra dahulu, tiada tawa dan nangis bersama. Hanya
pandangan tawar yang dilemparkan apabila berjumpa. Kadang-kala Darkisy sengaja
buat-buat sibuk namun hakikatnya, dia amat rindu untuk bersua, duduk bersama
berkongsi cerita. Hanya sandiwara semata-mata.
Tanpa disedari, air matanya menitis
lalu jatuh di atas mashaf biru yang didakapnya. Kenangan-kenangan lama terus
bermain di kotak fikirannya.
“Darkisy sayang..terima kasih ye jadi
sahabat Ilya..Ilya minta maaf kalau ada buat salah dengan Darkisy, harapnya
Darkisy dapat sabar la dengan perangai Ilya ni..kita kena selalu ingat yang
kita ni tak lari daripada diuji..jadi,
andai suatu hari nanti ukhwah kita diuji, Ilya harap sangat-sangat kita
sama-sama kuat menghadapinya..selalu doa kepada Allah agar kita dikuatkan Iman
ye!”
Daripada : Ilya Tarikh : 15 Februari 2011
Tulus hati sahabatnya, Ilya
menyatakan isi hatinya agar ukhwah antara mereka dipelihara suatu ketika
dahulu. Mungkin inilah ‘ujian’ yang dikatakan Ilya. Darkisy sendiri pun tidak
tahu apa yang terjadi sebenarnya. Tiada ombak, tiada badai tetapi tiba-tiba
sahaja hubungan mereka berentakan. Setelah sekian lama, mereka tidak berhubung
meskipun mereka di dalam satu kuliah yang sama. Setiap kali memikirkan Ilya,
hati Darkisy menjadi sayu. Dia hanya mampu memandang Ilya dari jauh walaupun
mereka sebenarnya dekat.
Darkisy agak tertekan dengan keadaan
seperti ini. Dia seorang yang sensitif dan jenis mengambil berat dengan orang
disayangi. Cepat terasa dengan perkara-perkara yang di anggap temeh oleh
sesetengah orang. Seorang yag ceria dan kalau boleh, dia ingin menggembirakan
hati orang yang berada di sekelilingnya. Apabila berlaku sesuatu perkara yang
melibat hubungan antara mereka berdua, Darkisy menjadi tidak senang duduk.
Entah mengapa, hubungan mereka semakin renggang.
“Sanah helwah Darkisy!!” ucap Ilya
dan seorang sahabatnya Husna kepada Darkisy, kemudian di ikuti dengan nyanyian
lagu hari lahir oleh mereka. Ilya dan Husna sengaja membuat kejutan untuk
Darkisy. Darkisy yang pada ketika itu sedang mengemas biliknya berasa sangat
gembira. Pada ketika itu juga, Ilya dan Husna membaling belon kepada Darkisy
hingga memenuhi ruang kamarnya. Mujurlah nyanyian mereka tidak didengari oleh
satu asrama yang mereka akan diami selama tiga tahun itu, jika tidak mereka
akan ditegur oleh kakak-kakak senior. Maklumlah, pada ketika itu mereka baru
sahaja berada dalam semester dua.
“Subhanallah..Terima kasih
Ilya..terima kasih Husna..susah-susah je buat semua ni” ujar Darkisy sambil
memeluk sahabat yang disayanginya itu.
“Pandai ye nak buat surprise,
hehe..” sambungnya lagi. Biarpun baru sahaja beberapa bulan perkenalan, namun
mereka punya jalinan yang agak kuat. Darkisy berasa sangat terharu, lantas hati
kecilnya bersyukur kepada Allah atas kurniaanNya, sahabat-sahabat yang baik
dalam meniti hari-hari yang akan ditempuh. Darkisy menganggap ia adalah hadiah
ulang tahunnya yang ke sembilan belas yang istimewa ketika itu. “Moga hubungan
ini kekal begini..ameen..” detik hatinya.
Ilya adalah seorang yang baik,
namanya tidak asing lagi dalam kalangan ahli semester. Dia sangat aktif dalam sukan
yang diminatinya, bola jaring. Dia merupakan anak perempuan yang pertama dalam
keluarganya. Sifatnya yang ramah disenangi oleh orang sekelilingnya. Cuma
kadang-kala perangai dan kelakuannya tidak dapat diduga oleh Darkisy. Ilya pada
pandangan Darkisy adalah sahabat yang boleh dipercayai dan boleh dijadikan
sebagai teman yang dapat menemaninya sepanjang menempuh hari-hari yang
mendatang. Darkisy tertarik dengan sifat-sifat Ilya, antaranya tulus dan matang
dalam perbuatannya.
Hati Darkisy berasa senang tatkala
berada disamping Ilya, rasa seronok ketika melihat Ilya gembira. Darkisy selalu
mencari dan memikirkan idea untuk sentiasa menggembirakan hati sahabatnya itu.
Darkisy pun tidak pasti bagaimana untuk menggambarkan perasaannya itu, ia
seakan suatu perasaan yang tidak dapat diungkapkan. Namun bukanlah bermakna
Darkisy mengagungkan Ilya dan tidak menghiraukan sahabatnya yang lain, tetapi
baginya Ilya adalah seorang sahabat yang istimewa, anugerah daripada Allah
kepadanya. Darkisy sangat menyayangi Ilya dan sanggup lakukan apa sahaja
untuknya. Hanya ada satu sahaja yang Darkisy perasan tentang Ilya, Ilya seakan
tidak dapat mengekspresikan rasa dan tanda sayangnya kepada seseorang yang
dihargainya tapi Darkisy memahami keadaan itu dan cuba menerima Ilya seadanya.
Ketika Darkisy dalam kemurungan dan
tidak bersemangat, Ilya lah yang akan memberi semangat, harapan baru dan
perangsang kepadanya agar terus tabah dan ceria. Namun kini, tiada lagi
kata-kata yang menyuntik semangat daripada Ilya. Bilamana ada sesuatu perkara
di luar kebiasaan yang dilakukan oleh
Darkisy, Ilya akan menegurnya dengan berhemah dan tidak menyakitkan hati
Darkisy. Ini yang membuatkan rasa sayang kepada Ilya bertambah kuat.
Sehinggakan Darkisy menganggapnya adik biarpun pada keadaan fizikalnya, Darkisy
lebih kecil berbanding Ilya. Darkisy tidak mahu kehilangan seorang sahabat
sebaik Ilya. Kadang-kala jika Ilya membuat sesuatu yang kurang disenangi
Darkisy, Darkisy tidak kisah dan tidak terasa hati disebabkan rasa sayangnya
itu telah mengatasi segala-galanya.
Darkisy sangat-sangat berharap
kepada Allah agar dia terus kuat untuk menempuh hari-hari yang mendatang ini.
Biarpun masih ramai sahabat-sahabat lain yang berada di sekelilingnya, tetapi
hanya Ilya sahaja yang dicari oleh Darkisy. Hatinya sentiasa memikirkan
perasaan Ilya. Adakah Ilya baik-baik sahaja atau dilanda masalah? Darkisy tahu,
Ilya tidak mudah mempamerkan perasaannya kepada orang lain. Ilya seorang yang
memendam rasa dan lebih gemar berdiam diri atau ber’uzlah apabila mempunyai
masalah.
Ketika ini, apabila bertemu dengan Ilya,
Darkisy seolah-olah tidak menghiraukan Ilya. Tiada senyuman di bibir bahkan
cuba mengelak daripada bertentang mata. Luarannya kelihatan Darkisy langsung
tidak perdulikan Ilya, tapi dalam hatinya, hanya Allah sahaja yang tahu betapa
rindunya Darkisy dengan Ilya. Jika berselisih dengan Ilya, Darkisy seakan-akan
tidak melihat Ilya, namun, setiap kali selepas itu, Darkisy akan curi-curi
memandang Ilya dari belakang sambil tersenyum melihat Ilya. Hatinya puas
biarpun hanya sekadar dapat melihat Ilya daripada pandangan belakang. Darkisy
senang melihat Ilya dalam keadaan baik-baik sahaja. Hilang rasa risau dalam
hatinya.
“Ya Allah Ya Rahim..aku memohon
kepadaMu agar diberi kekuatan untuk bertentang mata dengan sahabat yang aku
sayangi, Ilya. Tautkanlah kembali ukhwah kami yang semakin renggang ini.Aku
sayangkan dia Ya Allah..Peliharakanlah ukhwah kami, aku rindukannya..Jagalah
hati kami dari perkara-perkara maksiat dan ampunilah segala dosa-dosa yang
telah kami lakukan..ameenn..”
Doa yang selalu diungkap oleh
Darkisy setiap kali seusai solatnya. Memohon agar diberi semangat untuk
berhadapan dengan Ilya dan menjernihkan segala kekeruhan yang melanda.
Sepanjang keadaan ini berlaku, Darkisy selalu memikirkan apakah sebab-sebab
yang menjadikan hubungan ini semakin buruk. Darkisy kerap muhasabah dirinya
ketika berseorangan. Sebetulnya, Darkisy merasakan punca keadaan ini berlaku
adalah disebabkan keegoannya. Manakan tidak, Darkisy teragak-agak untuk
memulakan pertemuan. Ego Darkisy yang akhirnya memakan diri, sedikit demi
sedikit hubungan mereka renggang. Darkisy tidak bertegur sapa dengan Ilya sejak
dari mula dia merasakan kelainan dalam hubungan mereka. Dalam masa yang sama,
Darkisy mengharapkan agar Ilya terlebih dahulu memulakan pertemuan. Keadaan
bertambah buruk bilamana, Ilya juga hanya berdiam diri. Masing-masing seakan
berpeluk tubuh dan senyap sahaja. Lalu, hari berganti hari, masing-masing
saling menyepi.
Ada ketikanya Ilya ada menegur
Darkisy tetapi Darkisy tidak memberikan sebarang respon. Darkisy hanya berlalu
begitu sahaja. Darkisy cuba menahan rasa hatinya, sebenarnya Darkisy mahu
sahaja membalas teguran Ilya tapi entah mengapa dia rasa seakan tiada keperluan
untuk membalasnya. Dirasakan berat untuk mengeluarkan kata-kata. Tambahan pula,
mereka sudah lama tidak bertegur sapa, jadinya Darkisy mula berasa kekok
apabila berhadapan dengangnya. Darkisy
berperang dengan perasaannya sendiri. Fikirannya mudah berserabut. Darkisy sangat-sangat
berharap agar dia dapat menamatkan pengajiannya di DQ dengan perkara-perkara
yang menggembirakan, terutama sekali dengan sahabatnya yang istimewa, seorang
ini. Darkisy tidak pasti, adakah selepas ini dia dapat bertemu dengan Ilya atau
tidak selepas ini.
Hari-hari yang berlalu terasa cepat,
hari ini adalah hari terakhirnya di DQ. Darkisy nekad. Dia ingin berjumpa
dengan Ilya. Digenggam erat Al-Quran di tangannya, sebelum bertemu dengan Ilya,
Darkisy ingin membaca kalam suciNya sebagai penguat hatinya. Diselaknya helaian
mashaf biru itu, di buka helaian itu perlahahn-lahan. Matanya tertancap pada
firmanNya dalam surah Az-Zukhruf ayat 67 yang bermaksud :
“Teman-teman karib pada hari itu
saling bermusuhan satu sama lain,
kecuali mereka yang bertaqwa”
“Astaghfirullah..aku tidak mahu menjadi
musuh kepada sahabatku sendiri, Ya Allah”, hatinya tersentak dengan ayat
tersebut. Ia seakan petanda agar segera bertindak untuk menyambung kembali
ikatan ini. Rindunya tidak tertahan lagi. Langkahnya pantas bergerak menapak ke
kamar Ilya, tapi harapannya hancur bila teman sebiliknya mengatakan bahawa Ilya
telah ‘check-out’ dari asrama sejam yang lalu. Lemah lutut Darkisy
mendengarnya. Fikirannya terus berkecamuk bersama perasaan yang kecewa. Ketika
itu, hatinya terasa terpanggil untuk ke masjid. Lalu di ikutkan sahaja suara
hatinya itu. Air mata mula bertakung di bibir matanya.
Darkisy semakin hampir dengan
masjid. Tiba-tiba Darkisy ternampak sepasang kasut yang biasa dilihatnya.
Tahulah Darkisy bahawa Ilya ada di dalam masjid. Harapannya kembali bersinar. Langkahnya
semakin laju menaiki anak tangga. Benarlah sangkaannya apabila Darkisy melihat
Ilya berada di sebalik tiang masjid.
“Ilya!” panggil Darkisy dari belakang.
Air matanya terus menitis, membasahi tudungnya.Perasaannya tidak dapat ditahan
lagi. Dia terus mendakap erat sahabatnya itu. Mereka terus berpelukan,
melepaskan rindu. Hanya air mata yang berbicara.
“Ilya,Darkisy minta maaf
sangat-sangat..Darkisy salah dalam hal ini..Darkisy ego..” ujar Darkisy
tersekat-sekat sambil diselangi sendunya. Ilya juga membuat perkara yang sama.
Kemudian mereka saling bertanya khabar, berubah menjadi mesra semula. Darkisy
merasakan betapa ruginya saat-saat yang berlalu dahulu. Masa bersama Ilya tidak
dapat dihabiskan dengan sebaiknya kerana melayan egonya.
Kini, barulah Darkisy faham, hikmah
di sebalik semua yang berlaku. Disimpulnya beberapa ibrah dan hikmah
disebaliknya, iaitu janganlah di ikutkan hati dan egonya, ia hanya nafsu
semata-mata. Almaklumlah, syaitan suka jika hubungan dan ukhwah anak-anak Adam
ini saling berentakan dan bermusuhan. Kerana ego, pelbagai masalah boleh
terjadi, ada ketikanya ego memang perlu tapi perlulah bertepatan dengan
masanya.
Darkisy makin mengerti bahawa ukwah
itu tidak perlu diperjuangkan kerana ia adalah hakikat daripada Iman.
Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara dan hanya Imanlah yang
menyatukan hati-hati mereka. Iman yang rosak menyebabkan hati yang sakit.
“Alhamdulillah Ya Allah..kau satukan
hati kami semula. Moga ia kekal begini buat selama-lamaya..hingga ke
syurga..ameen.”
Hati
Darkisy puas, berbunga indah. Dia tidak perlu menahan-nahan lagi rasa sayangnya
terhadap orang yang disayangnya. Indahnya ukhwah jika saling berkasihan kerana
Allah. Selepas ini Darkisy akan lebih menghargai nilai sebuah pertemuan. Mereka
menapak ke asrama dengan gembira. Sebentar lagi mereka akan akan berpisah, bertolak
ke rumah masing-masing sebelum bertemu kembali pada majlis konvokensyen tiga
bulan yang akan datang. Terngiang-ngiang lagu Warna-Warna Cinta, nyanyian kumpulan
Brothers di telinga Darkisy. Senyumannya lebar dan auranya luar biasa.Indahnya
saat itu..
“Mereka
berkata, Hidup perlukan cinta
Agar
sejahtera aman dan bahagia,Andai tiada atau pudar warnanya
Meranalah
jiwa gelaplah dunia
Warna-warna
cinta, Yang terlukis di hatimu
Semat
pada senyuman dan tangismu
Agar
mewarnai,Jiwamu yang tulus
Seperti
sang pelangi selepas gerimis
Mereka
berkata, Cinta itu merah
Mengalir
bersama titisan yang sempurna
Cinta
berharga bila sudah tiada
Menjadi
sejarah yang mungkin kan di lupa
Apa
warna cinta
Bila
hidup sengketa
Kabur
warnanya
Warna-warna
cinta
Yang
terlukis di hatimu
Semat
pada senyuman dan tangismu
Agar
mewarnai jiwamu yang tulus
Seperti
sang pelangi selepas gerimis
Uuuuu..
selepas gerimis”
~
Sahabatku FiZiQ, semoga ukhwah kita
terus bertaut selamanya walaupun selepas ini kita mungkin jarang berjumpa =)
maafkan segala salah & silap kina sepanjang perkenalan kita ~
Teristimewa Buat Sahabatku Husna Ibrahim & Fadhlina Ilyani Ta'at =)
Hasil Nukilan : Nur Sakina Binti Razli