Duhai Insan

Kalau menjadi manusia janganlah jadi manusia biasa, rapuh IMANnya, sempit mindanya..jadilah manusia LUAR BIASA, gah jiwanya, kental imannya, tertib solatnya, & fasih Qurannya..
Showing posts with label ..Sama Ke?... Show all posts
Showing posts with label ..Sama Ke?... Show all posts

Monday, 24 October 2011

..HiMpuN..

HIMPUN!!HIMPUN!!
SELAMATKAN AKIDAH!!

HIMPUN!!HIMPUN!!
SATUKAN UMMAH!!

HIMPUN!!HIMPUN!!
UNTUKMU ALLAH!!


Persembahan oleh Munsyid

Alhamdulillah,saya berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke Stadium Shah Alam pada 22hb yang lalu..
Bergerak secara rombongan dari Stadium Paroi, yang sesak dengan orang yang ingin membeli tiket untuk perlawanan malam itu..
Negeri Sembilan vs T-Team..
Tapi tak penuh 2 bas, mungkin ramai yang pergi sendiri..


Suasana stadium..

Cuaca hari itu sangat terik, saya serta sahabat, Nur Atiqah Jamaluddin dan Nur Aisyah Ruslan
segera cari tempat yang 'strategik'..
Nak tengok persembahan nasyid dan pemidato berpidato..
Biarpun hanya lebih kurang 8 ribu sahaja yang hadir, Alhamdulillah..
Majlis berjalan lancar..

Antara pidato yang menarik hati saya..
Ada orang cemburu, orang Islam menikmati buah Islam..
Mereka cuba menebang pokok Islam yang tumbuh subur..

Siapa mereka??
Sudah semestinya para penyebar dakyah Kristian yang giat melipatgandakan usaha mereka..
Ingin meletakkan racun dalam buah Islam..
Adakah kita hanya berdiam diri dan sekadar berpeluk tubuh dengan perkara ini??
TIDAK!!
Jangan harap sinar Islam ini terpadam begitu sahaja..

Apa peranan kita??
Hakikatnya, kita mulia disebabkan Islam..
Tanpa Islam, siapa kita??
Kita perlukan Islam..
Islam bersifat syumuliah, lengkap..
Meliputi segala aspek kehidupan..

Peranan kita..
Pastikan umat Islam terus menikmati buah Islam yang manis ini..
Tunjukkan kepada musuh Islam yang nak tumbangkan pokok Islam ini kehebatan Islam..
Moga-moga kita serta musuh Islam ini diberi Hidayah Allah..
Memperjelaskan kepada kita antara yang HAK dan BATIL..


Antara yang berkesempatan hadir..

Cuba kita soroti balik kisah Natrah..
Bagaimana musuh Islam ini cuba mengganggu Natrah yang sedang menikmati buah Islam yang manis..
Isu AKIDAH mula ditimbulkan..
Adakah kita nak lihat generasi kita nanti rosak Akidahnya..
Bayangkan, macam mana kalau suatu hari nanti..
Ada antara ahli keluarga kita yang jadi seperti ini..
Nau'zubillah..


Selamatkan ummah!!

Ketepikan perbezaan politik, ideologi, bangsa..
Yang penting kita sesama Islam perlu bersatu..
Jangan ada pertelingkahan antara umat seIslam..
Perpeganglah dengan dua Tali Allah, NESCAYA tidak akan sesat selamanya..

Fahami dan hayati isi Al-Quran yang Mulia itu..
Begitu juga dengan Hadith..
Zahirkan Ke'izzahan Islam..
Mari kita sokong mana-mana pihak yang ingin menegakkan Islam..
Sama ada NGO atau bukan NGO, yang penting Islam itu sendiri..


Suasana Himpun..

Islam itu bersifat dengan Inqilabiyyah..
Apa maksud Inqilabiyyah??
Maksudnya, Islam tertegak dengan keruntuhan Jahiliah..
 Bila Jahiliah nak runtuh??
Wallahu'lam..yang penting, suatu hari nanti Islam pasti memayungi dunia ni..
Hati-hatilah dengan setiap perbuatan kita, mana tau kita yang  menyumbang kepada Jahiliah..

Sebelum HIMPUN bersurai, ada sedikit munajat dan doa yanng diketuai Dr Hasan Ali..
Bukan sebagai 'YB', sebab dari awal keluar rumah sebagai seorang Muslim..
Bermunajat dan berselawat kepada Rasulullah..
Indahnya saat itu..
Ketika itu juga hujan mulai turun, mengiringi bacaan doa..
Hujan rahmat..
Moga Allah mendengar rintihan kita semua.. 
Ameen..


Al-Islam Ya'lu Wala Yu'la Alaih..
Islam itu Tinggi dan TIADA yang lebih Tinggi selain dari Islam..

Allahu Akbar!!
Membina Generasi Harapan..

Saturday, 23 July 2011

13 Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutup Aurat.






.by Muhammad An-nas on Wednesday, May 18, 2011 at 2:12pm.

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?

-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau. 

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. 

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. 

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

Tuesday, 22 March 2011

..Renungkanlah..

Kisah Lelaki Tua Dengan 3 Anaknya











 

Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki.
Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.

Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya..jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi
makan.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.

Maka dipanggilnya si Harben."Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?"

Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?"
Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.

Dipanggilnya pula si Anis."Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang
dijawab Anis? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga."Baiklah kalau begitu"
jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal. "Hei Amsal,tolong hantar ayah ke pulau seberang..

Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan.Menyesallah dihatinya kerana
tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.

Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.

Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.

Moral :

Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.

Harben ialah HARTA-BENDA,
Anis ialah ANAK-ISTERI, dan
Amsal ialah AMAL-SOLEH.

Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal.

 Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ni jangan lah lupa dgn akhirat dan rukun Islam yang lima.


Erm..mungkin cerita ni banyak versi tapi mesej nya tetap sama..Adakah kita nak bawa amalan yang tak seberapa sebagai bekalan menuju "Hari Pengakhiran"..

Fikir-fikirkanlah..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...