Ikhtilat (Percampuran/Pergaulan)
Maksud pergaulan : Bercampur antara wanita dan lelaki ajnabi di satu tempat yang pada kebiasaannya membawa mereka berpandangan, bercakap, dan berinteraksi.
Hukum Asal : Pergaulan wanita dan lelaki ajnabi adalah DITEGAH.Tiada nas yang JELAS melarang pergaulan.
Tegahan pergaulan ini hanya disimpulkan dari beberapa tegahan lain :
-Tegahan wanita bermusafir sendirian tanpa mahram.
-Tegahan berkhulwat antara wanita dan lelaki ajnabi.
-Tidak wajib solat jemaah ke atas wanita.
-Tidak wajib solat Jumaat ke atas wanita.
-Hukum-hukum khusus mengenai wanita dalam ibadat haji.
-Tegahan wanita berjalan beriringan dengan lelaki.
Dari larangan-larangan inilah 'ulama menyimpulkan pergaulan wanita dengan lelaki ajnabi DITEGAH.
Pergaulan Yang Dibenarkan Atas Dasar Pengecualian Kerana Keperluan :
-Pergaulan atas sebab darurat.
-Untuk tujuan bermuamalah.
-Tujuan melaksanakan tugas-tugas kehakiman.
-Menunaikan kesaksian.
-Atas tugas penguatkuasaan undang-undang.
-Tujuan melayan tetamu dirumah.
-Tujuan menghormati tetamu dengan makan bersama.
-Pergaulan dalam kenderaan awam bagi wanita yang melakukan kerja syar'ie dengan syarat hukum-hukum Islam dipenuhi.
-Melakukan kerja-kerja Jihad.
-Tujuan mendengar ceramah dan ilmu.
-Pergaulan atas sebab kebiasaan dan teradat yang tidak bercanggah dengan syara'.
Dalam Kitab Muwatta' oleh Imam Malik disebutkan "Wanita (boleh) makan bersama lelaki apabila pada kebiasaan teradat wanita makan bersama-sama lelaki.
-Pergaulan semasa menziarahi keluarga terdekat dan teman handai pada majlis tertentu dengan syarat memelihara adap sopan keIslaman dan hukum-hukum Islam.
Memang tak dapat dinafikan, zaman sekarang memang interaksi antara Adam & Hawa menjadi 1 keperluan, tapi kita perlu bijak menilai & memelihara kesucian Islam itu sendiri.
No comments:
Post a Comment