Duhai Insan

Kalau menjadi manusia janganlah jadi manusia biasa, rapuh IMANnya, sempit mindanya..jadilah manusia LUAR BIASA, gah jiwanya, kental imannya, tertib solatnya, & fasih Qurannya..

Wednesday 9 March 2011

..BudAk BaRu BelaJar..


..BaRu BerTatiH..

Go to fullsize image

    Alhamdulillah..setelah lebih kurang 10 bulan di DQ,akhirnya dapat gak ikut rentak pembelajaran kat sane. Nak menceburi dalam bidang ni memang perlukan kesabaran dan keazaman yang tinggi.Nak dijadikan cerita, penah rasa putus asa sebab ayat yg dihafaz tak masuk2..sedih bukan kepalang.Nangis tu kira perkara biasa.
Bile tengok sahabat seangkatan boleh buat, terfikir gak..nape aku tak boleh?Kuatkan semangat dan teruskan berusaha..ye,saya boleh!!
Teringat lagi mase mule2 langkah kaki ke DQ..Subhanallah,cantiknya! Dengan pemandangan tasik dan gunung-ganang yang menghijau.Sejuk mata memandang.Suasana yang sesuai untuk menghafaz Kalam SuciNya.
Terdetik dalam hati.."Adakah aku mampu menghafaz kalam ini?".."adakah betul pilihanku ini?"
Apa2 hal pun, cube dulu sebab Allah tak akan membebani hambaNya dengan beban yang tak dapat ditanggungi..Ayat inilah yang menyuntik semangatku untuk terus berada di bumi barakah DQ.

First time masuk kelas tasmi,memang agak cuak.Alhamdulillah dapat ustaz yang baik dan selalu bagi kata perangsang.."sakina,kamu boleh buat tapi kamu kena berusaha bersungguh-sungguh, Al-Quran ni kita akan dapat pegang kalau kita rajin"..begitulah kata-kata ustaz.

Pejam,celik,pejam,celik, lme da kat sne..lagi 4 sem je lagi..

Nak tau kaedah menghafaz Al-Quran?ok,ni adalah beberapa kaedah yang dapat dikongsi..

1.Ikhlas semata-mata kerana menurut keredhaan Allah.
2.Bersabar dalam menghafaz ayat-ayat Allah.
3.Banyakkan berdoa kepada Allah & berselawat kepada Nabi SAW.
4.Menghormati mashaf Al-Quran.
5.Sentiasa dalam bersuci & menutup aurat.
6.Banyakkan berpuasa dan solat sunat.
7.Jangan banyak bercakap & gelak ketawa ketika menghafaz.
8.Jangan membaca ketika mengantuk & menguap.
9.Berhenti membaca ketika ingin membuang angin (kentut).


"Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya"
(Hadis Riwayat Bukhari)

Tak rugi kalau kita baca Quran.Amek mase sedikit tuk bace Quran pun tak pe.Sedih kalau tengok ada orang tak tahu baca Quran.Sesibuk mane pun kite,Ingatlah..Masa tu milik Allah juga..

Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata : Barang siapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran, maka baginya satu kebaikan,satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala.Aku tidak bermaksud Alif Lam Mim satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, Mim satu huruf.

Jadi camne?Banyak ganjaran yang kita dapat dengan baca Quran..Betul tak?
So,Jom kita Bergandingan Ke Syurga....

2 comments:

  1. hehe...kina:)

    hrp dpt kuatkan smngat..truskan menghafal n dlm msa yg sma mengulang...

    Insya Allah,akn mendpt kberkatan dn ktenangan yg luar biasa..akq pun prnh rse cm kina mse first2 hfal,tp prcya lah,ble kte dh rse dkat n memahami quran tu sedlm2nya, kte rse shri x bce pun mcm x lngkp hidup ni:))

    apepun,gudluck ye..smoga mendapat apa yg dicita n sentiasa drhmati dgn nur Al-Quran di dada:D
    Amin~~

    ReplyDelete
  2. anje~

    semuanya Allah punya kannn?

    dan selalu je kita melupakannya, muhasabah sama2,,,

    yuk, gandinga ke surga~

    -anjeDZ http://raehan-intisor.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...